Kitchen corner

Resepi kat bwh ni...yang pernah dicuba..
ok la kan for the first timer...
still leh improve lg kan...
by the way..slmt mencuba!!

Mee Rebus Istimewa...

Bahan utk kuahnya..

500gm daging
300gm udang basah
4 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1/2 bungkus serbuk rempah sup
udang kering-ikut kuantiti sdr (kisar halus)
10 tangkai cili kering
200gm ubi keledek(rebus)
100gm ubi kentang(rebus)
.1 kg mee kuning
250ml air
garam

Bahan utk hiasan..
4 keping tauhu goreng
50 sen taugeh(rendam dlm air mendidih seminit)
2 biji cili hijau(hiris nipis)
4 biji telur (rebus)
bawang goreng
limau nipis
daun sup dan daun bawang
200gm sayur sawi(potong rebus dlm air mndidih seminit)

Cara membuat kuahnya


1)firstly.. cili kering di blender bersama bawang merah+bawang putih.pastu tumis bersama rempah sup sampai naik baunya.kemudian masukkan udang kering(kisar halus) buah keras (sudah di tumbuk lumat )goreng hingga garing


2)secondly... bila dah garing masukkan daging +udang dan air biarkan mendidih sehingga daging empok


3)bila daging dah empok masukkan pula ubi kentang +ubi keledek yg di rebus dan telah di kisar halus.masak sehingga pekat..dan jangan lupa bubuh garam.


4)setelah kuah dah siap masak bolehlah di hidangkan dengan mee+taugeh+sawi +daun bawang+daun sup+telor rebus+ tauhu goreng+bawang goreng+cili hijau+limau nipis.

Mlm tadi try wat beef chop..
tgk peti ada daging....
apa lagi try la buat..
so far ok gak rasa dia...
tak yah g kedai dah la pas ni kan...

Lamb/chicken/Beef Chop

Bahan utama:
1 keping isi daging lembu/ayam/kambing yg dipotong nipis
potato chip/frensh fries 
mentega/minyak masak

Bahan perap daging:
lada hitam
bawang putih  
sos tiram

Bahan Gravy @ kuah :
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu teh lada hitam telah dikisar

Cara membuat:
1- kisar bahan perap dan perap bsm daging selama dua jam.
lagi lama lagi sedap rasanya..
2- Goreng french fries sehingga kekuningan
3- panaskan kuali, masukkan mentega/ minyak untuk menggoreng daging perap tadi.
minyak jgn banyak dan pastikan tak masak terlalu lama kerana daging akan keras!!kejap jer...asal masak.
sebab tu kena potong nipis..
4- bancuhkan bahan gravy dan panaskan dlm kuali.
5- curah gravy di atas daging yang telah dihidangkan bersama french fries.
6- sedia untuk dijamu...
7- kadar bhn ni ikut sedap jer..kalo nak lebih 'Hot', leh lebihkan lada hitam

kerabu ulam versi utara @ nasi ulam


bahan:halia
serai
lengkuas
ikan pekasam masin
bawang merah
lada hitam

ulam-ulaman:daun pegaga
daun selom
daun kesom
bunga kantan
ulam raja
pucuk serai kayu
pucuk gajus
(bahan & ulaman ni agak la nyer ikut saiz hidangan dan citarasa)
cara:
bakar ikan pekasam masin dan tumbuk sehingga lumat
tumbuk semua bahan2 dan campurkan bersama ikan masin tadi.
hiris halus-halus ulam dan gaulkan bersama bahan lain sehingga sebati
sedia dimakan bersama nasi putih.
kalau ada asam pedas keladi lagi best tau!!
boleh simpan dalam peti utk stok.
plg sedap dimakan waktu bersahur masa bulan Ramadhan....
selamat mencuba!!!